SESI MORNING PRAYER IKK BERSAMA PENGETUA BAHARU

13 Ogos 2025

Kudat – Buat julung kalinya, warga IPDAS Kampus Kudat (IKK) mengadakan Sesi Morning Prayer bersama YBhg. Ustazah Hjh. Noordianah binti Hj. Alwi, Pengetua baharu IPDAS Kampus Kudat.

Majlis ini turut diserikan dengan slot ta’aruf bersama pegawai dan kakitangan, di samping perkongsian inspirasi untuk terus memacu kecemerlangan IPDAS Kampus Kudat.

Antara pesanan awal yang disampaikan oleh Puan Pengetua ialah kepentingan fokus, ketekunan, dan integriti dalam menjalankan tugas, menjaga ukhuwah sesama rakan sekerja, serta mengimbangi kesejahteraan keluarga dengan kemajuan kerjaya.

Semoga Allah mempermudah segala usaha yang akan dilaksanakan dalam meneruskan legasi kepimpinan IPDAS Kampus Kudat.


 21 August 2025  UKK IPDAS  0 hits