Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menganjurkan Bengkel Moderasi Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Jun-Oktober bagi IPDAS Keningau pada 14 hingga 15 Ogos 2025.
Bengkel ini bertujuan untuk membantu pensyarah dalam merancang penilaian secara sistematik, memastikan setiap soalan yang dibina selaras dengan objektif pembelajaran yang ditetapkan dan menentukan aras kesukaran serta taburan soalan yang seimbang.
YBrs. Profesor Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, hadir sebagai penceramah bengkel yang diadakan di Perpustakaan IPDAS, Keningau.