IPDAS PROMOSI PROGRAM PENGAJIAN DI PAMERAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA SMK SANDAKAN

16 Ogos 2025

Sandakan - Satu promosi Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) di SMK Sandakan sempena Pameran Pendidikan dan Kerjaya Program Motivasi Kecemerlangan Diri Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya, hari ini.

Promosi ini dilaksanakan bagi memperkenalkan IPDAS kepada para pengunjung serta mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan.

Selain itu, individu yang berminat dan memenuhi syarat kemasukan turut berpeluang untuk memohon Program Sijil Pengajian Islam (SPI), yang kini sedang dibuka dan akan ditutup pada 13 September 2025.


 21 August 2025  UKK IPDAS  0 hits