IPDAS TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA ROMBONGAN PENGURUS BESAR AL JAMIAH AL WASLIYAH INDONESIA

20 Ogos 2025

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menerima kunjungan daripada rombongan Pengurus Besar Al Jamiah Al Wasliyah, Indonesia, hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk mewujudkan peluang kerjasama strategik antara IPDAS dan Al Jamiah Al Wasliyah sekali gus mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak dalam usaha memartabatkan bidang pendidikan, ilmu dan dakwah.

Sempena kunjungan ini juga, Dr. KH Masyhuril Khamis, Ketua Umum (Pengurus Besar) Al Jamiah Al Wasliyah turut berpeluang menyampaikan Tazkirah Khas kepada seluruh warga IPDAS.

YBhg. Datuk Jalidar bin Abd Rahim turut hadir bagi mengetuai rombongan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan buat seluruh pihak yang terlibat sepanjang kunjungan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah - Jheains selaku urus setia program ini.


 21 August 2025  UKK IPDAS  6 hits