LATIHAN KELAB KESENIAN ISLAM IPDAS
11 Januari 2025 (Sabtu)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Satu perjumpaan latihan Kelab Kesenian Islam Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah diadakan pada 10 Januari 2025 di Blok Akademik IPDAS.
Latihan ini diadakan untuk mengembangkan bakat dan keterampilan mahasiswa IPDAS dalam kesenian Islam. Selain itu, para mahasiswa juga berpeluang untuk melestarikan seni Islam dan meningkatkan pembudayaan nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian.