PROGRAM MARI MEMBACA 30 MINIT
15 Januari 2025 (Rabu)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Seksyen Perpustakaan membuka tirai dengan penganjuran Program Mari Membaca 30 Minit yang diadakan secara santai. Program ini dihadiri oleh mahasiswa IPDAS. Program ini dianjurkan bagi memupuk budaya membaca yang semakin hari semakin hilang dalam kalangan anak muda masa kini.
Oleh itu, program sebegini adalah sebagai satu inisiatif dan usaha Pustakawan IPDAS dalam menanamkan nilai membaca. Semoga program seperti ini akan sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan pelajar dan kakitangan IPDAS.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan terlibat dalam menjayakan program Mari Membaca 30 Minit Perpustakaan IPDAS.