KURSUS ASAS PENGURUSAN HARTA PUSAKA MENURUT SYARAK TINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR IPDAS

20 Januari 2025

20 Januari 2025 (ISNIN)

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Jabatan Syariah telah diadakan Kursus Asas Pengurusan Harta Pusaka Menurut Syarak yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Muhammad Izzat bin Hj. Ismail pada 18 Januari 2025 di Dewan Tun Sakaran IPDAS.

Kursus ini diadakan untuk memberi kefahaman tentang konsep harta pusaka menurut Islam dalam kalangan mahasiswa IPDAS. Selain itu, para mahasiswa dapat mengetahui tentang kepentingan pengurusan harta pusaka dan membentuk generasi mahasiswa yang berpengetahuan.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits