PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR TINGKAT SEMANGAT KESUKANAN MAHASISWA IPDAS DAN IPG KENINGAU
20 Januari 2025 (Isnin)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Satu Perlawanan Persahabatan Bola Tampar antara Kelab Bola Tampar Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau telah berlangsung pada 18 Januari 2025 yang lalu.
Perlawanan persahabatan ini telah diadakan di Gelanggang A dan B Bola Tampar IPG, Keningau. Turut hadir Ustazah Saeidah Syamielah Binti Abd Rahman selaku guru pembimbing Kelab Bola Tampar IPDAS.