BENGKEL PEMURNIAN KERTAS SOALAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DAKWAH ISLAM TAHAP TIGA DI IPDAS KAMP

20 Januari 2025

BENGKEL PEMURNIAN KERTAS SOALAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DAKWAH ISLAM TAHAP TIGA DI IPDAS KAMPUS KUDAT

20 Januari 2025 (Isnin)

Oleh : IPDAS Kampus Kudat

Kudat – IPDAS Kampus Kudat melalui Unit Pengajian SKM, Seksyen Akademik telah menganjurkan bengkel pemurnian kertas soalan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dakwah Islam Tahap 3 yang telah berlangsung pada hari ini 20 Januari sehingga 22 Januari 2025.

Bengkel ini dilaksanakan sebagai persiapan penilaian akhir daripada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi Kompetensi Unit Ketiga (CU3) Pelaksanaan Dakwah Kepada Peribumi yang akan diadakan dalam bulan Mac 2025.

Bengkel ini diharapkan dapat memastikan soalan yang digubal selaras dengan National Occupational Skills Standard (NOSS) sedia ada.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Coach dari Syarikat Akademi Dalam Industri (ADi) dan Trainer daripada Pusat Latihan iaitu IPDAS Kampus Kudat secara hibrid yang dipengerusikan oleh En. Muhammad Ariffin bin Surdi Roslan, Penolong Pengetua Seksyen Akademik selaku Penyelaras Pusat Latihan bagi program ADi.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits