BENGKEL PEMURNIAN KERTAS SOALAN SKM DAKWAH ISLAM TAHAP TIGA (3) SELESAI DILAKSANAKAN

22 Januari 2025

BENGKEL PEMURNIAN KERTAS SOALAN SKM DAKWAH ISLAM TAHAP TIGA (3) SELESAI DILAKSANAKAN

22 Januari 2025 (Rabu)

Oleh: IPDAS Kampus Kudat

Bengkel Pemurnian Kertas Soalan SKM Dakwah Islam Tahap Tiga secara hibrid telah selesai dilaksanakan hari ini dengan penglibatan dua orang coach daripada YADIM Sabah iaitu Pn. Kurniahwati binti Zulfatmi dan En. Rosdy bin Beleg. Manakala dua orang coach daripada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah iaitu En. Muhammad Harsun Kong Soon Soon Abdullah dan En. Keighly Lloyd Al-Ganiyy K.Diaz.

Dalam bengkel ini juga dihadiri oleh tenaga pengajar program pengajian SKM Dakwah Islam Tahap Tiga iaitu En. Mohd. Ibnu Fakri bin Vermond, Pn. Azizah binti Kauli dan En. Mohd Johar bin Japnar serta bengkel dipengerusikan oleh En. Muhammad Ariffin bin Surdi Roslan sebagai Penyelaras Pusat Latihan.

Semoga dengan usaha ini dapat melicinkan lagi proses penilaian akhir bersama Pegawai Penilai Luaran (PPL) yang dijangka akan dilaksanakan dalam bulan Mac 2025 nanti.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits