CAWANGAN KUALITI IPDAS ANJUR BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN RISIKO
23 Januari 2025 (Khamis)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau -Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Seksyen Dasar dan Standard Cawangan Kualiti telah mengadakan Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Risiko pada 21 hingga 23 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat IPDAS.
Puan Maznah binti Mat Isa, General Manager ASK Q Training and Consultancy, hadir sebagai penceramah jemputan bengkel ini.