12 ORANG AUDITOR DALAMAN IPDAS HADIR KURSUS LATIHAN PEMERKASAAN AUDITOR
23 Januari 2025 (Khamis)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Seksyen Pembangunan Kompetensi dan Pengajian Sepanjang Hayat telah menganjurkan Kursus Latihan Pemerkasaan Auditor Dalaman IPDAS bertempat di Bilik Mesyuarat IPDAS pada 22-23 Januari 2025.
Kursus yang dikendalikan oleh Puan Maznah binti Mat Isa (General Manager ASK Q Training and Consultancy) ini bertujuan untuk melatih para auditor IPDAS bagi memenuhi keperluan menjalankan audit dalaman organisasi.