MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ) PERINGKAT DAERAH KUDAT
23 Januari 2025
Oleh: IPDAS Kampus Kudat
IPDAS Kampus Kudat telah menghantar tiga orang pelajar SAPIM ke MTQ Peringkat Daerah Kudat pada hari ini 23 Januari 2025. Ketiga-tiga mereka telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran masing-masing.
Majlis ini diadakan di Dewan Tun Mustapha Kudat dan dirasmikan oleh YB Dato’ Verdon bin Bahanda Ahli Parlimen P167 Kudat.
Mereka telah mendapat tempat ketiga dan keempat seperti berikut:
Izz Afiq Syazwi bin Saarizal – Ketiga Kategori Qari
Izz Aniq Syazwi bin Saarizal – Keempat Kategori Qari
Nur Eryna Melisa binti Abbas – Ketiga Kategori Qariah
Syabas & tahniah atas kejayaan anda!