IPDAS FC, IPG, BANK RAKYAT KENINGAU BERENTAP DI AKSI KEJOHANAN BOLA SEPAK TIGA PENJURU
25 Januari 2025 (Sabtu)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Satu Kejohanan Bola Sepak Tiga Penjuru telah berjaya dilaksanakan hari ini bertempat di Padang Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau.
Kejohanan ini telah mensajikan penonton dengan aksi tangkas para pemain yang terdiri daripada Kelab IPDAS FC, IPG A, IPG B dan Bank Rakyat Cawangan Keningau.
Turut hadir bersama-sama pasukan bola sepak IPDAS, Encik Muhammad Syahrul Muau Abdullah, Guru Pembimbing IPDAS FC.