PROGRAM FACING CHALLENGE BANTU PERKASA KEMAHIRAN, DAYA TAHAN PISPA IPDAS
25 Januari 2025 (Sabtu)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Seksyen Pembangunan Kemahiran Insaniah telah mengadakan Program Facing Challenge Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) IPDAS dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Cawangan Keningau.
Program ini telah dilaksanakan di Maragang Hill, Kundasang pada 24 hingga 25 Januari 2025.