MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DAKWAH ISLAM TAHAP TIGA BAGI PELAKSANAAN DAKWAH MUSLIM PERIBUMI (CU3)
27 Januari 2025
IPDAS Kampus Kudat
IPDAS Kampus Kudat melalui Unit Pengajian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Seksyen Akademik hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian SKM Dakwah Islam Tahap Tiga Bagi Pelaksanaan Dakwah Peribumi. Mesyuarat ini diadakan di Pejabat Hidayah Centre Foundation Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.40 tengahari.
Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat, Encik Muhammad Ariffin bin Surdi Roslan, Penolong Pengetua Seksyen Akademik IPDAS Kampus Kudat, Encik Mohd Ebby Nasrol bin Nasroden, Penolong Pegawai Pembangunan Kemahiran Unit Skillsmalaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah serta tiga orang coach dan dua orang tenaga pengajar SKM Dakwah Islam.
Semoga usaha ini akan memudahkan lagi urusan penilaian SKM Dakwah Islam Tahap Tiga Bagi Pelaksanaan Dakwah Muslim Peribumi yang dijangka akan dilaksanakan dalam bulan Mac 2025.