IPDAS JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JHEAINS, PROMOSI PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU IPDAS TAHUN 2025

28 Januari 2025

IPDAS JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JHEAINS, PROMOSI PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU IPDAS TAHUN 2025

28 Januari 2025 (Selasa)

Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik

Kota Kinabalu - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk membina jalinan kerjasama dalam promosi pengambilan pelajar baharu IPDAS tahun 2025 bagi program Diploma Dakwah Islamiah (DDI), Diploma Dakwah Kontemporari (DDK) dan Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM). Permohonan bagi ketiga-tiga program ini telah dibuka sejak 24 Januari 2025 yang lalu.

Sesi kunjungan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Awang Juri bin Ag. Tahir, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) JHEAINS. Turut hadir, YBrs. Dr. Marina binti Kassim, Timbalan Pengarah IPDAS, YBrs. Ustaz Abdu Khalil bin Hassan, Pendaftar IPDAS dan YBrs. Ustazah Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits