KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERKASA ILMU FARDU KIFAYAH MAHASISWA IPDAS

30 Januari 2025

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERKASA ILMU FARDU KIFAYAH MAHASISWA IPDAS

30 Januari 2025 (Khamis)

Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Jabatan Syariah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Menurut Syarak, hari ini bertempat di Dewan Tun Sakaran IPDAS.

Seramai 28 orang mahasiswa Sijil Pengajian Islam (SPI) telah menghadiri kursus ini. Ustaz Kifli bin Yasoi, Imam Masjid Daerah Keningau hadir bagi menyampaikan ilmu pengurusan jenazah kepada para mahasiswa.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits