CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ ANJURAN IPDAS KAMPUS KUDAT
Bersempena memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj, IPDAS Kampus Kudat melalui Unit Pusat Islam Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa telah mengadakan Ceramah Israk dan Mikraj pada hari ini 31 Januari 2025 bertempat di Surau Al-Hidayah IPDAS Kampus Kudat.
Penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim bin Noorden, Pensyarah Kolej Vokasional Kudat. Warga kerja IPDAS Kampus Kudat turut hadir dalam menjayakan program ini.
Penangguhan program telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Ali bin Mohd Yunus, Penolong Pengetua Seksyen Pendaftar IPDAS Kampus Kudat.