JABATAN PENGAJIAN UMUM ANJUR PROGRAM SEMARAK UKHUWAH
01 Februari 2025 (Sabtu)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Jabatan Pengajian Umum telah menganjurkan Program Semarak Ukhuwah, semalam bertempat di pekarangan IPDAS.
Program ini telah melibatkan seramai 26 orang peserta. Turut hadir, dua orang pensyarah Jabatan Pengajian Umum, Puan Jundia binti Ali dan Puan Norjainah binti Jasmin.