PERTANDINGAN MEMANAH TERTUTUP IPDAS CUNGKIL BAKAT BAHARU
03 Februari 2025 (Isnin)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Satu Pertandingan Memanah Tertutup Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah berjaya dilaksanakan pada 2 Februari 2024 bertempat di Lapang Sasar Memanah IPDAS.
Pertandingan ini diadakan untuk melihat prestasi para pemanah IPDAS sekali gus menarik minat mahasiswa selain ahli Kelab Memanah untuk melibatkan diri dalam sukan ini.