HASSAN, ASMAH UNGGULI PERTANDINGAN HAFAZAN DAN TILAWAH PERINGKAT BAHAGIAN
05 Februari 2025 (Rabu)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau, Tawau - Pada 4 dan 5 Februari 2025, dua orang pelajar Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Bahagian Tahun 2025.
Al Hassan bin Abdul telah bertanding dalam kategori Hafazan (Tahap 1-20 Juzuk) di Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Bahagian Pedalaman Atas. Manakala Norasmah binti Abdul Wahid, telah menyertai pertandingan Tilawah al-Quran (Kategori Dewasa) di Majlis Tilawah dan Hafazan peringkat Bahagian Tawau.
Kedua-dua peserta telah meraih gelaran johan bagi kategori masing-masing.
IPDAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian ini.