PROGRAM INSPIRASI AURA HEBAT ANJURAN IPDAS KAMPUS KUDAT
IPDAS Kampus Kudat melalui Unit Pembangunan Sahsiah, Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS Kampus Kudat hari ini telah menganjurkan Program Inspirasi Aura Hebat Anjuran IPDAS Kampus Kudat. Program ini disasarkan untuk semua pelajar IPDAS Kampus Kudat.
Penceramah jemputan bagi program ini iaitu En. Norhasdi bin Hassan atau lebih dikenali sebagai Pak Boi. Semoga apa yang telah dikongsikan memberi suntikan semangat, motivasi dan menjadi sumber kekuatan dan memiliki inspirasi aura hebat yang akan memberi impak yang lebih besar buat semua pelajar SAPIM IPDAS Kampus Kudat.