PERHIMPUNAN BULANAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG IPDAS KAMPUS KUDAT
12 Februari 2025
IPDAS Kampus Kudat
Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Kampus Kudat melalui Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa (SPKM) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat mewakili Pengarah IPDAS dengan memberi ucapan amanat seterusnya menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang.
Turut hadir dalam majlis ini iaitu En.Muhammad Ariffin bin Surdi Roslan, Penolong Pengetua Seksyen Akademik, En.Muhammad Ali bin Mohd Yunus, Penolong Pengetua Seksyen Pendaftar, barisan Pensyarah dan Kakitangan IPDAS Kampus Kudat.
Dalam majlis ini diraikan pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang bagi Purata Nilai Gred Semester (PNGS) semester dua dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) semester satu dan dua, Anugerah Jauhari al-Quran kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membaca al-Quran serta Penyampaian Hadiah Program Pertandingan Resensi Buku.
Tahniah & Syabas kepada penerima anugerah. Semoga ianya memberi suntikan semangat untuk terus berjaya.