BENGKEL KERJAYA DAN RETREAT DEDAH PELUANG PENDIDIKAN DAN KERJAYA MASA HADAPAN KEPADA MAHASISWA IPDAS

17 Februari 2025

BENGKEL KERJAYA DAN RETREAT DEDAH PELUANG PENDIDIKAN DAN KERJAYA MASA HADAPAN KEPADA MAHASISWA IPDAS

17 Februari 2025 (Isnin)

Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik

Keningau - Satu Bengkel Kerjaya dan Retreat Tahun 2025 anjuran Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Cawangan Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Sakaran.

Antara slot yang diadakan sepanjang bengkel ini berlangsung ialah 1 Jam bersama Kaunselor, Jom Masuk U!, Penjenamaan Diri Untuk Kerjaya, Taklimat Kerjaya Bersama SPANS dan Taklimat Kerjaya Bersama PERKESO.

Bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Sir Mohd. Hafizi bin Nurodin (Kaunselor IPDAS), YBrs. Tuan Muhammad Aiman Naim Roslan (Penolong Pengarah Outreach/Promosi, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA JPT)), YBrs. Tuan Abdul Haidy Abdul Hamid (Ketua Pentadbiran Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar, UMS), YBrs. Puan Norhaidah Matnoor (Timbalan Setiausaha SPANS) dan YBrs. Tuan Mohammad Rais bin Gani (Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, PERKESO Keningau).


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits