IPDAS TERIMA KUNJUNGAN DARI MUROBBI MANAGEMENT & SERVICES
20 Februari 2025 (Khamis)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah (IPDAS) telah menerima kunjungan hormat dari Murobbi Management & Services, hari ini.
Ketua Pengurus Murobbi Management & Services, YBrs. Encik Mohd Shahrizal bin Sabal hadir sepanjang kunjungan ini.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Marina binti Kassim, Timbalan Pengarah IPDAS.