IPDAS BERI PENDEDAHAN PROGRAM PENGAJIAN DI FESTIVAL AKADEMIK, SMK UMAS-UMAS TAWAU
23 Februari 2025 (Ahad)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah (IPDAS) telah menyertai Festival Akademik anjuran Penggerak Pendaulat Borneo pada 23 Februari 2025 di Dewan Terbuka SMK Umas-Umas, Tawau.
Sempena festival ini, pihak IPDAS telah memberi taklimat dan penerangan ringkas mengenai IPDAS kepada orang ramai yang hadir. Para pengunjung reruai IPDAS turut berpeluang mengisi borang permohonan bagi program Diploma Dakwah Islamiah (DDI), Diploma Dakwah Kontemporari (DDK) dan Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM).