PROGRAM JELAJAH PROMOSI IPDAS KAMPUS KUDAT SIRI 1 DI PULAU BANGGI KUDAT DAN PULAU SEBATIK TAWAU
19 Februari 2025 (Rabu) – SMK Banggi Kudat.
22 Februari 2025 (Sabtu) – Masjid Al-Khairat Kg. Bergosong Besar, Pulau Sebatik Tawau.
IPDAS Kampus Kudat melalui Unit Kemasukan dan Hubungan Strategik, Seksyen Pendaftar telah mengadakan Jelajah Promosi IPDAS Siri 1 yang diadakan di dua tempat iaitu di SMK Banggi, Kudat dan Masjid Al-Khairat Kampung Bergosong Besar, Pulau Sebatik Tawau.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pengenalan tentang IPDAS seterusnya memberi peluang kepada calon pedalaman Sabah membuat permohonan masuk ke IPDAS.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan SMK Banggi Kudat dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Khairat Kg. Bergosong Besar Pulau Sebatik Tawau atas kerjasama menjalankan Jelajah Prosmosi IPDAS Siri I ini.