PROGRAM JERAYAWARA KOMUNITI SIAP SIAGA BENCANA DI IPDAS KAMPUS KUDAT
22 Februari 2025 (Sabtu)
Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR), Insitut Pengajian Strategik dan Keselamatan (SSSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan kerjasama IPDAS Kampus Kudat telah mengadakan Program Jerayawara Komuniti Siap Siaga Bencana. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap risiko bencana dan tahap kesiapsiagaan bencana dalam kalangan komuniti tempatan sekitar IPDAS Kampus Kudat.
Program jerayawara ini telah diadakan pada 22 Februari 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna, IPDAS Kampus Kudat. Turut hadir dalam program ini ialah penduduk kampung sekitar Sikuati, pelajar sekolah dan kolej serta pelajar dan staf IPDAS Kampus Kudat.
Selain penganjuran program jerayawara ini, projek pemasangan papan tanda kawasan bahaya tsunami, kawasan evakuasi selamat tsunami, serta papan tanda arah bagi proses pemindahan komuniti. Untuk makluman, IPDAS Kampus Kudat telah dikenal pasti sebagai salah satu kawasan selamat tsunami, terutamanya untuk komuniti di sekitar Sikuati.