IPDAS PERHALUSI PERANCANGAN SASARAN KERJA STRATEGIK 2026-2030
26 Februari 2025 (Rabu)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik
Kota Kinabalu - Cawangan Kualiti Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Seksyen Pengurusan Strategik dan Inovasi telah menganjurkan Bengkel Siri 1 Perancangan Sasaran Kerja Strategik IPDAS 2026-2030 di The Klagan Hotel.
Bengkel ini diadakan selama 3 hari, 23 Februari hingga 25 Februari 2025 dan bertujuan untuk memeperhalusi dan membincangkan perancangan program bagi tahun 2026-2030.
Pengarah IPDAS, Hajah Khatijah binti Abd. Rahman telah mempengurusikan bengkel ini dan dihadiri oleh pegawai-pegawai IPDAS.