SEMINAR KENEGERAAN MALAYSIA MADANI IPDAS KAMPUS KUDAT TAHUN 2025

26 Februari 2025

26 FEBRUARI 2025 | IPDAS KAMPUS KUDAT

Akademi Kenegaraan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama IPDAS Kampus Kudat hari ini telah berjaya menganjurkan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani. Turut hadir dalam program ini iaitu Encik Muhammad Ariffin bin Surdi Roslan, Penolong Pengetua Seksyen Akademik, barisan Pegawai daripada Akademi Kenegaraan Malaysia dan Pegawai-Pegawai IPDAS Kampus Kudat. Semua pelajar IPDAS Kampus Kudat hadir secara sepenuhnya bagi menimba ilmu dan memperkukuh kemahiran serta nilai-nilai murni dalam usaha membentuk jati diri yang unggul.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi muda menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Malaysia Madani. Sebagai seorang pelajar juga, bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran akan tetapi memiliki keperibadian tinggi serta mempunyai semangat perpaduan yang kukuh selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits