BENGKEL SEMAKAN PELAN LATIHAN KEUSAHAWANAN MUSLIM
28 Februari 2025 (Jumaat)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Kota Kinabalu - Satu Bengkel Semakan Pelan Latihan Keusahawanan Muslim telah diadakan pada 26 sehingga 27 Februari 2025 di Bilik Mesyuarat JAKIM Sabah.
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak dan menambah baik Pelan Latihan Keusahawanan Muslim IPDAS dengan bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar yang berpengalaman.
YBrs. Prof. Madya Dr. Rozira@Uji binti Mohammed hadir sebagai penceramah bengkel ini.