BENGKEL SEMAKAN PERATURAN AKADEMIK IPDAS SIRI 1/2025

28 Februari 2025

BENGKEL SEMAKAN PERATURAN AKADEMIK IPDAS SIRI 1/2025

28 Februari 2025 (Jumaat)

Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik

Kota Kinabalu - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Cawangan Akademik telah melaksanakan Bengkel Semakan Peraturan Akademik IPDAS Siri 1/2025 pada 25-27 Februari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Masjid Negeri, Kota Kinabalu

Bengkel ini bertujuan untuk menyemak dan menambah baik Buku Peraturan Akademik IPDAS dengan bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar undang-undang yang berpengalaman.

YBrs. Dr. Habibun Nisa Mohamed Ajmal (Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang dan Mantan Penasihat Undang-Undang UiTM Sabah) hadir sebagai penceramah bengkel ini.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits