PROGRAM PEMANTAPAN DA’I ANJURAN IPDAS KAMPUS KUDAT

14 April 2025

PROGRAM PEMANTAPAN DA’I ANJURAN IPDAS KAMPUS KUDAT

11-13 April 2025

IPDAS Kampus Kudat

Kudat – Program Pemantapan Da’i IPDAS Kampus Kudat telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan berimpak tinggi. Program ini berjaya menarik minat para pelajar SAPIM serta menjadi platform yang berkesan dalam membina generasi kepimpinan muda masa kini. Di samping itu, ia turut membantu membentuk watak dan personaliti diri para da’ie ke arah menjadi insan yang lebih berdaya saing dan berakhlak mulia.

Antara pengisian yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang program ini termasuklah Tekno Da’i, Power Talk Subuh, Subuh On The Ground, Tadabur Alam Fajar, Stargate Watch, Leadership Game: King of The Board, aktiviti Teambonding Luar, Multilevel Communication Skills, Amal Jama’ie, serta Smart Leadership: Queen of The Board. Setiap aktiviti ini dirancang rapi bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap peranan seorang da’i, memupuk semangat kerjasama, serta memperkukuh kemahiran kepimpinan dan komunikasi dalam kalangan peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Chegu Mahadi atas segala ilmu, bimbingan dan perkongsian yang sangat bermakna sepanjang berlangsungnya Program Pemantapan Da’i ini. Setiap butir nasihat, pengalaman yang dikongsi serta semangat yang disampaikan telah memberi impak yang mendalam kepada para peserta, sekali gus menyuntik inspirasi dalam usaha membina jati diri seorang da’i yang berwibawa, berilmu dan berakhlak mulia.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits