PENILAIAN AKHIR BERSAMA PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DAKWAH ISLAM TA

14 April 2025

PENILAIAN AKHIR BERSAMA PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DAKWAH ISLAM TAHAP TIGA IPDAS KAMPUS KUDAT

12-13 April 2025

IPDAS Kampus Kudat

Kudat – Penilaian Akhir Sijil Kemahiran Malaysia Dakwah Islam (Tahap 3) bagi CU-3 Pelaksanaan Dakwah (Peribumi) di IPDAS Kampus Kudat telah selesai dilaksanakan selama dua hari.

Penilaian ini telah dikendalikan oleh Pegawai Penilai Luar (PPL) yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia iaitu Tuan Haji Zaharudin bin Hussain.

Antara kategori penilaian yang dilaksanakan ialah,

1. Ujian bertulis (teori),

2. Buku log, dan

3. Prestasi (pembentangan).

Tujuan penilaian ini dilaksanakan adalah bagi memastikan perantis berjaya menguasai serta terampil dengan CU yang telah diajarkan secara teori dan amali. Hasil daripada penilaian tersebut, PPL telah memaklumkan bahawa seramai 19 orang perantis SKM - Dakwah Islam (Tahap 3) di IPDAS Kampus Kudat telah berjaya melepasi penilaian dan lulus (terampil) bagi CU-3. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua perantis atas kejayaan ini. Sehubungan dengan itu, IPDAS Kampus Kudat merakamkan penghargaan terima kasih kepada PPL atas kesudian hadir bagi melaksanakan penilaian tersebut.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits