LAWATAN VERIFIKASI PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN IPDAS KAMPUS KUDAT SEBAGAI PUSAT BERTAULIAH AKADEMI DALA

14 April 2025

LAWATAN VERIFIKASI PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN IPDAS KAMPUS KUDAT SEBAGAI PUSAT BERTAULIAH AKADEMI DALAM INDUSTRI (ADi)

10 April 2025 / Khamis

IPDAS Kampus Kudat

Kudat – Sesi Lawatan Verifikasi Pembaharuan Pentauliahan IPDAS Kampus Kudat sebagai Pusat Bertauliah di bawah program Akademi Dalam Industri (ADi) telah berjaya dilaksanakan secara hybrid bertempat di IPDAS Kampus Kudat. Lawatan ini turut disertai oleh Encik Mohd Ebby Nasrol bin Nasroden dari Unit SkillsMalaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sabah serta Tuan Haji Mohd Zaharudin bin Hussain, selaku Pegawai Pengesah Luaran (PPL) daripada JPK.

Matlamat utama sesi ini adalah bagi menjalankan semakan terhadap premis, dokumen personel serta bahan-bahan latihan yang disediakan, selaras dengan keperluan pembaharuan pentauliahan sebagai Akademi Dalam Industri (ADi) oleh pihak JPK Wilayah Sabah.

Adalah diharapkan agar usaha ini menjadi pemangkin ke arah menjadikan IPDAS Kampus Kudat sebagai salah satu Pusat Bertauliah yang unggul dan diyakini dalam melahirkan tenaga mahir berdaya saing selaras dengan keperluan industri masa kini.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits