14 April 2025 - IPDAS telah menghadiri Majlis Amanat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato' Setia Dr Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar bersama agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri pada malam 13 April 2025.
Kehadiran IPDAS diketuai oleh YBrs. Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Pengarah IPDAS.
Majlis yang berlangsung di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah itu turut dihadiri warga kerja Hal Ehwal Agama termasuklah YAPIEM, JAKIM Sabah, Tabung Haji, YADIM dan agensi Islam yang lain.
Majlis pada malam ini turut manyaksikan pelancaran beberapa buah buku penerbitan dalam Bahasa Etnik Sabah yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Sabah.