Majlis Sembah Maklum Kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah
15 April 2025 - IPDAS melakar satu sejarah penting apabila bersama-sama Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah Wilayah Sabah & Sarawak Tabung Haji dalam Majlis Sembah Maklum kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, semalam.
Sembah Maklum ini dijalankan bagi menyampaikan jemputan rasmi kepada Tuan Yang Terutama sebagai Tetamu Kehormat dan Perasmi Majlis Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) yang akan dilaksanakan pada 11 Ogos 2025.