IPDAS SAMBUT PROGRAM TAUTAN KASIH MADANI
22 April 2025 (Selasa)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Cawangan Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui Program Tautan Kasih Madani di Dewan Tun Sakaran, hari ini.
Melalui sambutan ini, setiap cawangan telah membuka reruai dan menghidangkan pelbagai aneka juadah. Pertandingan Busana dan Reruai Tercantik turut diadakan.
Pemberian duit raya melalui Badan Kebajikan IPDAS (BAKTI) turut diberikan kepada si cilik yang hadir.