BENGKEL PEMBINAAN ARAS SOALAN DAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

09 Mei 2025

BENGKEL PEMBINAAN ARAS SOALAN DAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

9 Mei 2025 (Jumaat)

Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Seksyen Gubalan Pentaksiran Cawangan Akademik telah menganjurkan Bengkel Pembinaan Aras Soalan dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) pada 7-9 Mei 2025.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) serta kaedah pembinaan aras soalan dalam kalangan para pensyarah IPDAS.

Profesor Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat, hadir sebagai penceramah bengkel yang diadakan di Perpustakaan IPDAS ini.


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits