IKLAN JAWATAN KOSONG

13 Mei 2025

IKLAN JAWATAN KOSONG

[Pensyarah Diploma Dakwah Kontemporari - Bidang Multimedia dan Animasi]

Taraf jawatan : Sambilan

Bayaran Gaji : RM3,000.00

Penempatan : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)

Syarat Lantikan:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Sihat tubuh badan;

iii. Memiliki kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Multimedia / Animasi /Media Digital atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iv. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

v. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam bidang digital dan perisian komputer.

vi. Hanya calon yang lulus temuduga akan dilantik ke jawatan ini.

Cara Memohon:

i. Menghantar resume dan menyertakan 1 salinan dokumen dan sijil yang disahkan:

a. Salinan Kad Pengenalan

b. Gambar berukuran passport

c. Salinan sijil akademik berkaitan

ii. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat yang tertera atau emelkan kepada ipdas@islam.gov.my

Tarikh tutup permohonan:

19 Mei 2025/ Isnin, Jam 4.00 petang.

MAKLUMAT DAN PERHATIAN

i. Hanya pemohon yang menghantar dokumen lengkap dan memenuhi syarat akan dipertimbangkan untuk sesi temu duga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

ii. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan secara e-mel atau panggilan telefon.

iii. Segala perbelanjaan bagi urusan temu duga hendaklah ditanggung oleh calon.

iv. Permohonan yang berjaya, hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat kontrak perjanjian serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

v. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya. Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.

vi. Permohonan akan ditolak sekiranya:

a. Dokumen dan sijil tidak disahkan.

b. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

c. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh perkhidmatan.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Cawangan Pendaftar IPDAS di talian 087-331868


 01 July 2025  UKK IPDAS  0 hits