TENAGA PENGAJAR IPDAS HADIR KURSUS OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)
22 Mei 2025 (Khamis)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Cawangan Kualiti telah menganjurkan Kursus Outcome Based Education (OBE) di Hotel Queen, Keningau pada 21 hingga 22 Mei 2025.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pensyarah terhadap keberkesanan hasil pembelajaran yang diukur berasaskan pengetahuan dan kemampuan pelajar.
Prof. Madya Dr. Berhanundin bin Abdullah, Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu, Universiti Sultan Zainal Abidin hadir sebagai penceramah kursus ini.