“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. – Riwayat Imam Ahmad (12362)”
Mari kita raikan Hari Raya Aidiladha dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk meneladani pengorbanan Nabi Ibrahim (A.S.) dan meningkatkan keimanan kita. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati.
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah.