IPDAS MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILADHA MELALUI PROGRAM KORBAN PERDANA
7 Jun 2025 (Sabtu)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Cawangan Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa dan Badan Kebajikan IPDAS (BAKTI) telah menganjurkan Program Korban Perdana sempena Hari Raya Aidiladha, hari ini.
Antara pengisian program yang dilaksanakan ialah gotong-royong, aktiviti memasak secara beramai-ramai dan pengagihan daging korban.
Warga IPDAS serta penduduk kampung berdekatan turut berpeluang melaksanakan Solat Hari Raya Aidiladha secara berjemaah di Masjid Baiturrahman IPDAS pada pagi hari ini.