PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM MALAYSIA (SAPIM) INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS) KAMPUS KUDAT SESI 2025/2026
IPDAS Kampus Kudat
10 Jun 2025/ Selasa
Seksyen Pendaftar melalui Unit Kemasukan Pelajar IPDAS Kampus Kudat hari ini telah berjaya melaksanakan Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Bagi Program Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) Sesi 2025/2026.
Seramai 180 orang pelajar baharu SAPIM IPDAS Kampus Kudat Sesi 2025/2026 hari ini telah mendaftarkan diri bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Dalam program ini juga telah dilaksanakan Majlis Penerimaan Pelajar Baharu yang diadakan pada jam 2.00 petang sebagai simbolik penyerahan pelajar kepada IPDAS Kampus Kudat. Hadir bersama majlis ini ialah kehadiran ibu bapa/ penjaga.
Bagi pihak IPDAS diucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu SAPIM dan selamat menjalani pengajian di IPDAS Kampus Kudat.