SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU IPDAS
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau, 11 Jun- Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah meraihkan kemasukan pelajar baharu bagi program Diploma Dakwah Islamiah dan program Diploma Dakwah Kontemporari pada hari ini.
Sesi pendaftaran yang bertempat di Dewan Tun Sakaran IPDAS dipenuhi dengan kehadiran 100 orang pelajar program Diploma Dakwah Islamiah dan 20 orang pelajar program Diploma Dakwah Kontemporari yang mendaftarkan diri bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Majlis Simbolik Penyerahan Pelajar kepada IPDAS Keningau turut dijalankan pada jam 3.00 petang dan disempurnakan oleh YBrs. Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Pengarah IPDAS.
IPDAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu yang telah berjaya menjadi sebahagian permata IPDAS