Reruai (K28) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memberi peluang masyarakat Perak untuk mengenali lebih dekat berkaitan fungsi JAKIM. Dengan tema ‘Pengajian Tinggi Pemacu Negara MADANI’, JAKIM membawakan Institut Pengajian Tinggi Islam & Dakwah Sabah, Institut Kemahiran Islam Sarawak dan Darul Quran sebagai produk institusi pengajian tinggi JAKIM. Di samping itu juga, reruai JAKIM turut menjadi tumpuan masyarakat untuk memperbaiki bacaan Surah Al-Fatihah dan khidmat penulisan khat. Segmen kuiz kahoot juga berjaya menarik perhatian pengunjung menjawab soalan berkaitan JAKIM dan pelbagai hadiah istimewa disediakan kepada para pemenang.