LAWATAN IDAD DUAT YAYASAN IKHLAS CAWANGAN SEMPORNA KE IPDAS KAMPUS KUDAT
20 Jun 2025 / Jumaat
IPDAS Kampus Kudat
Kudat - IPDAS Kampus Kudat hari ini telah menerima kunjungan daripada Yayasan Ikhlas Cawangan Semporna. Delegasi diketuai oleh Encik Muhammad Fauzi bin Indra Bangsawan, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti Sabah
Tujuan kunjungan Yayasan Ikhlas Cawangan Semporna ke IPDAS Kampus Kudat ini sebagai penghargaan kepada para duat mereka yang telah menamatkan program sehingga ke akhir pengajian dan memberi peluang kepada mereka untuk mengambil inspirasi daripada institusi yang melahirkan Duat di Sabah.
Hadir bersama dalam program ini iaitu Encik Muhammad Ariffin bin Surdi Roslan, Penolong Pengetua Seksyen Akademik, Encik Darmansyah bin Mohd Said, Penolong Pengetua Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa, Encik Mohd Johar bin Japnar, Ketua Unit Hubungan Strategik dan Encik Abdul Malik bin Attip, Ketua Unit Pentadbiran.