MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DAKWAH ISLAM TAHAP 3
20 Jun 2025 / Jumaat
IPDAS Kampus Kudat
Kudat - IPDAS Kampus Kudat telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian SKM Dakwah Islam Tahap 3 Tahun 2025, bermula jam 9.40 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat IPDAS Kampus Kudat dan secara hibrid.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Norhikmah binti Masir, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Akademik IPDAS.
Perbincangan mesyuarat adalah berkenaan semakan soalan serta persiapan melaksanakan penilaian akhir CU2 SKM Dakwah Islam (Tahap 3) di IPDAS Kampus Kudat.
Mesyuarat ini juga dilaksanakan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan penilaian akhir bagi CU2 dijangka akan dilaksanakan pada akhir jun ini.
Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah empat orang coach syarikat Pn. Kurniahwati binti Zulfatmi dan En. Rosdy bin Beleg daripada YADIM Sabah, manakala En. Muhammad Harsun Kong Soon Soon Abdullah dan En. Keighley Llyod Al-Ghaniy K. Diaz daripada Hidayah Centre Foundation Sabah.
Manakala, IPDAS Kampus Kudat dihadiri oleh En. Muhammad Ariffin bin Surdi Roslan, Penyelaras Pusat Latihan dan tiga orang trainer SKM Dakwah Islam Tahap 3 iaitu En. Mohd. Ibnu Fakri bin Vermond, Pn. Azizah binti Kauli dan En. Mohd Johar bin Japnar.