WEBINAR KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN SPIRITUAL SERANTAU 2025 ANJURAN IPDAS RAIH PENYERTAAN DALAM DAN LUAR NEGARA
23 Jun 2025 (Isnin)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Kota Kinabalu - Membawa tema “Keseimbangan Psikologi, Kesejahteraan Sejagat”, IPDAS telah menjayakan satu Webinar Kesejahteraan Psikologi Dan Spiritual Serantau 2025 yang membawa khas penceramah hebat dari negara Malaysia, Brunei dan Indonesia untuk mengupas isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat pada masa kini.
Seramai 500 penyertaan yang melibatkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan, dalam dan luar negara turut hadir selain IPDAS membuka ruang dalam talian untuk menghubungkan peserta dari luar untuk bersama-sama dalam menjayakan webinar ini.
IPDAS menampilkan YBrs. Dr. Elsayed M.A. Amin, Head of PG Studies & Senior Assistant Professor, Faculty of Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali UNISSA - Brunei, YBrs. Prof Madya Dr. Md. Noor Hj. Saper, Pensyarah Universiti, Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris - Malaysia dan YBrs. Dr. Bagus Riyono M.A ., PSI., Associate Professor, Lecturer, Head of Islamic Psychology Research Group, Faculty of Psychology, Universitas Gadjah Mada - Indonesia.
Majlis Perasmian telah dimulakan dengan Ucapan Alu-Aluan daripada YBrs. Dr. Mohamad Kori Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Merangkal Exco Pendidikan Islam dan Agama Negeri Sabah.